Dera Anak Tiri: Mekanik Dipenjara 12 Bulan

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang mekanik dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mendera anak tirinya yang berumur tiga tahun menggunakan senduk nasi dan acuan muruku pada September tahun lepas.

Perbuatan tertuduh, T.Rajasegaran, 32, ke atas mangsa dirakam dalam klip video selama lapan minit 33 saat dan disebar melalui laman Facebook baru-baru ini.

Majistret Ng Siew Wee menjatuhkan hukuman itu selepas Ragasegaran, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 18 Disember lepas, menukar pengakuannya.

Ng memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 11 Disember lepas.

Rajasegaran didakwa menganiaya kanak-kanak lelaki itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah rumah di Kapar pada kira-kira 12.30 tengah hari pada September tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mangsa merupakan anak isteri kedua tertuduh, S.Nirmala, 29.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan Timbalan Pendakwa Raya Munirah Shamsudin @ Baharum, siasatan mendapati sewaktu kejadian, tertuduh bertindak menampar muka dan menendang mangsa serta mengangkatnya ke atas sofa sehingga kanak-kanak malang itu jatuh ke lantai.

Tertuduh juga memukul kepala mangsa dengan acuan muruku dan senduk nasi selain menumbuk kanak-kanak itu di bahagian belakang badan.

Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dan pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai kesan parut lama di kepala, dada dan tangan serta sedikit parut berdekatan mata kiri selain di pergelangan tangan.

Terdahulu, Nirmala merayu bagi pihak Rajasegaran supaya mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana mendakwa tertuduh memukul anaknya dengan tujuan mengajar mangsa selepas mendapati kanak-kanak itu cuba memotong paip gas.

Wanita itu berkata anaknya juga tidak mengalami kecederaan parah.

Dalam perkembangan lain, Rajasegaran dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan berkahwin dengan Nirmala ketika isterinya, E.Citra, 21, masih hidup.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No 9, Lorong 51, Taman Ria 6, Kapar, Klang pada 15 Dis 2011 mengikut Seksyen 494 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Rajasegaran mengaku tidak bersalah dan Ng menetapkan 20 Februari ini sebagai tarikh sebutan kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan