Anwar Dibenar Pinda Pernyataan Tuntutan Kes Saman Fitnah Dr Chandra Muzaffar

Diterbitkan: Selasa, 15 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminda pernyataan tuntutan dalam kes saman fitnah RM10 juta yang dikemukakannya terhadap presiden Just World Movement, Dr Chandra Muzaffar.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad membuat keputusan itu selepas menemui peguam S. Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili Anwar dan peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin bagi pihak Chandra, di dalam kamarnya pada Isnin.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Surendran berkata mahkamah turut memerintahkan pihaknya membayar kos sebanyak RM1,000 dan perbicaraan kes berkenaan ditetapkan selama dua hari bermula 3 April depan.

Pada 19 April tahun lepas, kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan cadangan mahkamah supaya mereka menggunakan proses mediasi untuk menyelesaikan kes saman itu di luar mahkamah.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 6 Mac 2008, Anwar mendakwa Chandra mengeluarkan komen-komen berunsur fitnah terhadapnya melalui forum dianjurkan Star Publication (M) Bhd, di Menara Star, Petaling Jaya, pada 3 Mac 2008.

Anwar berkata komen itu diterbitkan dalam akhbar The Star melalui artikel bertajuk "Disaster If Anwar Is PM" pada 5 Mac 2008.

Chandra dalam pembelaannya menafikan mengeluarkan komen jahat, palsu atau memfitnah Anwar dan berkata ia disiarkan dengan perlindungan bersyarat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan