Saksi Tidak Tahu Shamsubahrin Konsultan NFC

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai kanan polis memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau tidak mengetahui jawatan ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail dalam syarikat National Feedlot Corporation (NFC).

Datuk Ahmad Damanhuri Mohd Yusoff, 63, berkata kali pertama bertemu Shamsubahrin di sebuah hotel di ibu negara melalui kenalannya, tertuduh memperkenalkan dirinya sebagai ahli perniagaan.

Katanya, sepanjang berurusan dengan Shamsubahrin, beliau sama sekali tidak mengetahui ahli perniagaan itu merupakan konsultan syarikat NFC.

Beliau berkata demikian pada perbicaraan kes Shamsubahrin yang berdepan 17 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, membabitkan sejumlah RM1.755 juta.

Shamsubahrin juga berdepan lima pertuduhan menipu bekas pengarah NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail membabitkan jumlah sama, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ahmad Damanhuri, yang merupakan saksi ke-18 pendakwaan, turut memaklumkan tujuan sebenar beliau ke pejabat NFC sehari selepas itu ialah untuk bertemu Mohamad Salleh.

"Saya diminta pergi ke pejabat NFC untuk bertemu dengan Datuk Seri Mohamad Salleh, ketika mesyuarat di pejabat NFC, saya telah memperkenalkan diri kepada beliau (Mohamad Salleh).

"Sepanjang mesyuarat itu juga, saya tidak tahu jawatan serta peranan tertuduh dalam syarikat NFC," katanya.

Sementara itu, saksi ke-19 pendakwaan Pengarah Urusan syarikat keselamatan Axis Super Force Ahmad Qadha Wan Teh, 38, memaklumkan beliau memperkenalkan Ahmad Damanhuri kepada Shamsubahrin selepas ahli perniagaan tersebut meminta bantuannya untuk mencari seorang peguam.

"Justeru, saya perkenalkan (Ahmad) Damanhuri kepadanya (Shamsubahrin), saya memang kenal rapat dengan Damanhuri dan anggap dia abang angkat saya, maka saya bagi tahu Shamsubahrin yang abang angkat saya ini pernah mengendalikan kes, antaranya Anwar Ibrahim, dan dalam kes itu, beliau bekerjasama dengan DPP (Timbalan Pendakwa Raya)," katanya.

Ketika disoal sama ada Shamsubahrin memerlukan seorang peguam bagi membantu beliau dalam urusan NFC, Ahmad Qadha menjawab "tidak".

Perbicaraan di depan Hakim Rozilah Salleh bersambung esok. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan