Mahkamah Rayuan Putuskan Dua Peguam Ada Locus Standi Saman Kerajaan

Diterbitkan: Isnin, 14 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa dua peguam mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk menyaman perdana menteri, timbalan perdana menteri dan kerajaan berhubung permohonan mereka bagi mendapatkan pengisytiharan kesemua 523 sekolah rendah Tamil di negara ini diberi bantuan penuh.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membuat keputusan itu sebulat suara selepas membenarkan rayuan M.Manoharan dan P.Uthayakumar bagi menghidupkan semula saman mereka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran serta kerajaan.

"Kami berpendapat perayu (Manoharan dan Uthayakumar) mempunyai locus standi jadi kes ini perlu dibicarakan berkaitan merit," kata Hakim Hishamudin.

Panel itu, yang turut dianggotai Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, menetapkan 29 Jan untuk pengurusan kes tersebut di Mahkamah Tinggi. Panel itu juga memerintahkan kos sebanyak RM2,000 dibayar kepada kedua-dua peguam.

Pada 20 Jun tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham membatalkan saman tersebut selepas memutuskan kedua-dua peguam gagal membuktikan mereka mempunyai locus standi untuk memfailkan permohonan itu.

Manoharan dan Uthayakumar memfailkan saman itu pada 9 Februari tahun lepas dan antara lain, memohon satu pengisytiharan bahawa kesemua 523 sekolah rendah Tamil di negara ini diberi bantuan penuh.

Mereka juga meminta satu perintah bahawa setiap sekolah Tamil itu dibina di atas sebidang tanah seluas 4.05 hektar dan diberi peruntukan yang sama.

Pada 5 April 2012, responden memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu atas alasan ia sesuatu yang remeh, menyusahkan dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Manoharan mewakili diri sendiri dan Uthayakumar manakala responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Effandi Nazila Abdullah. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan