Kenyataan Nizar Daripada Twitter, Tidak Perlu Penjelasan - TV3

Diterbitkan: Jumaat, 11 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pihak TV3 tidak perlu mendapatkan penjelasan lanjut daripada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung plat nombor kenderaan WWW1 kerana sumber itu diambil daripada Twitter beliau sendiri.

Timbalan Pengarang Berita Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Mohd Ashraf Abdullah turut menberitahu bahawa kenyataan di Twitter itu juga konsisten dengan laporan yang siarkan oleh berita atas talian.

"Pada pandangan saya, tidak perlu penjelasan kerana perkara itu (laporan di Twitter) diambil daripada sumber itu sendiri (30 Mei tahun lepas) yang mana plaintif telah mengeluarkan laporan di Twitter konsisten dengan laporan berita atas talian.

"Laporan akhbar disiarkan keesokan hari," katanya yang memberi keterangan ketika pemeriksaan semula oleh Liew Teck Huat yang mewakili TV3 dalam perbicaraan berhubung kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan TV3.

Katanya pihak TV3 juga tidak menghubungi Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan di Twitter yang meminta supaya menyelidik dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Mohd Ashraf berkata seperti mana Mohammad Nizar, Tengku Mahkota juga membuat kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya sendiri dan tidak memerlukan penjelasan lanjut.

Katanya TV3 sentiasa memaparkan berita yang adil dan tidak berat sebelah sama ada libatkan pihak kerajaan ataupun pembangkang.

Sementara itu penerbit kanan jabatan berita TV3 Rohani Ngah memberitahu bahawa beliau telah merujuk kepada Mohd Ashraf sebelum menyiarkan berita berkaitan isu tersebut kerana ia adalah berita sensitif.

Katanya laporan isu tersebut turut diselitkan dengan kenyataan polis yang mengesahkan menerima laporan berhubung isu itu.

Ditanya Liew bagaimana beliau mengetahui kenyataan polis tersebut merujuk kepada Mohammad Nizar sedangkan tiada namanya disebut, Rohani berkata beliau mengetahui wartawan bertugas menghubungi polis bagi mengetahui perkembangan isu yang sama.

Pada 10 Julai tahun lepas, Mohammad Nizar memfailkan dua saman terhadap Utusan Melayu dan TV3. Bagi saman terhadap TV3, beliau menamakan Sistem Televisyen Malaysia Berhad sebagai defendan pertama dan penerbitnya Rohani Ngah sebagai defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohammad Nizar menyatakan bahawa pada 28 Mei beliau mengeluarkan satu kenyataan mengenai plat nombor kenderaan melalui akaun Twitternya dan pada 30 Mei, TV3 telah menyiarkan kandungan kenyataan itu dalam siaran berita Buletin Utama pada 8 malam.

Hakim Datin Yeoh Wee Siam menetapkan 22 Mac untuk keputusan kes tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan