Saman Hakcipta: Rayuan Peniaga Komputer Ditolak

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada Microsoft Corporation dalam saman tuntutan hakcipta terhadap sebuah syarikat penjual komputer tempatan.

Panel tiga anggota hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Zaharah Ibrahim menolak rayuan yang dikemukakan oleh Vital IT Marketing Services Sdn Bhd.

Hakim Zaharah, yang bersidang bersama Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Mah Weng Kwai, berkata tidak ada sebab bagi pihaknya untuk mengganggu dengan dapatan dan keputusan Mahkamah Tinggi.

Panel tersebut turut memerintahkan Vital IT membayar RM30,000 sebagai kos guaman kepada Microsoft.

Microsoft memfailkan saman terhadap Vital IT pada 31 Mei, 2011, dengan mendakwa syarikat tempatan itu telah melanggar hakcipta Microsoft dalam Windows 7 Ultimate dan Office Enterprise 2007 dengan memasang perisian Microsoft tanpa lesen dalam komputer baharu yang dijual kepada pengguna.

Dalan pernyataan tuntutan, Microsoft mendakwa Vital IT telah tanpa sebarang kuasa atau lesen dari syarikat Microsoft telah menjual sebuah komputer riba yang dimuatkan dengan perisian yang tidak berlesen.

Microsoft mendakwa hasil daripada perbuatan itu, syarikat tersebut mengalami kerugian. Dalam pernyataan pembelaan, Vital IT berkata tuntutan Microsoft itu adalah berdasarkan kepada andaian kosong semata-mata tanpa sebarang pelanggaran hakcipta yang spesifik atau nyata yang kononnya dilakukan oleh mereka.

Pada 4 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang memihak kepada Microsoft.

Ketika itu, Pesuruhjaya Kehakiman Hanipah Farikullah (kini Hakim Mahkamah Tinggi), memberikan injunksi kekal yang dipohon oleh Microsoft untuk melarang Vital IT dari terus melanggar hakcipta.

Hanipah juga memerintahkan ganti rugi dibayar kepada Miicrosoft yang akan ditafsir oleh mahkamah serta mengarahkan Vital IT menyerahkan sebarang perisian haram Micosoft dalam simpanan mereka.

Microsoft diwakili oleh peguam Ken St James dan Harleen Kaur manakala Vital IT oleh V. Saravanan dan A. Vasudevan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan