25 Februari Perbicaraan Kes Wanita Amuk

Diterbitkan: Khamis, 10 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan empat hari mulai 25 Februari bagi perbicaraan seorang wanita yang didakwa terlibat dalam kejadian amuk dengan seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di depan pejabat Perdana Menteri pada Julai tahun lepas.

Hakim Mohamed Kamil Nizam menetapkan tarikh baharu perbicaraan selepas Timbalan Pendakwa Raya Nadia Izhar memaklumkan peguam yang mewakili Muhdalena Ahmad, M. Visvanathan masih tidak sihat. Beliau memberitahu mahkamah bahawa Visvanathan, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, memohon perbicaraan ditangguhkan.

Mohamed Kamil kemudian menetapkan 25 hingga 28 Feb untuk perbicaraan.

Hakim juga meminta Muhdalena memaklumkan peguamnya supaya menulis dan mengisi Borang 28A, borang yang perlu diserahkan kepada mahkamah berhubung permohonan anak guamnnya bagi tawaran rayuan terhadap pertuduhan jenayah yang dihadapinya.

Muhdalena, 28, dari Kota Damansara, menghadapi empat pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Dia tuduh melakukan ugutan jenayah dengan niat untuk mendatangkan cedera parah terhadap anggota polis bantuan, Lans Korporal Ridzuan Megat Ahmad, dalam kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri pada 9 Julai, 2012.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 506, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhdalena juga dituduh memiliki senjata (pedang) di tempat dan pada masa yang sama mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan, Muhdalena didakwa tidak mematuhi arahan Ridzuan supaya meletakkan pedang dan gagal mematuhi arahan menteri iaitu perlu mendapatkan pas atau permit sebelum memasuki premis itu.

Muhdalena bebas dengan jaminan RM11,500 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan