Dua Warga China Dibebaskan Daripada Tuduhan Miliki Dadah

Diterbitkan: Rabu, 9 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sepasang kekasih melonjak kegirangan kerana mereka boleh pulang ke China bagi menyambut Tahun Baru Cina bersama anggota keluarga selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini membebaskan mereka daripada tuduhan memiliki dadah.

Warga China, Koo Wing Cheung, 29 dan teman wanitanya Fan Ting Ting, 25, yang menghabiskan masa empat tahun di penjara, saling berpelukan di kandang tertuduh selepas tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Abdul Malik Ishak membenarkan rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan mereka dan penjara 18 tahun.

"Saya rasa begitu lega dan apa yang saya ingin lakukan sekarang ialah pulang ke kampung halaman untuk bersama ahli keluarga di Hong Kong," kata Koo.

Fan, yang menangis tanda gembira dengan keputusan itu berkata beliau mahu pulang ke kampung di Shenzhen di tanah besar China bagi menyambut tahun baru.

Pasangan itu yang diwakili Gooi Soon Seng, mempunyai sebab untuk meraikan kebebasan mereka kerana yang pertama mereka terselamat daripada tali gantung.

Pasangan itu pada mulanya dituduh mengedar 54gram methamphetamine di sebuah rumah di Kota Damansara di Petaling Jaya pada 3 Mac, 2009.

Pada penutup kes pembelaan tahun lepas, Mahkamah Tinggi mengurangkan pertuduhan mengedar kepada memiliki dan menjatuhi hukuman penjara 18 tahun ke atas Khoo dan Fan.

Khoo juga diperintah dikenakan 10 kali sebatan rotan.

Kedua-duanya merayu kepada Mahkamah Rayuan berhubung hukuman dan sabitan itu.

Sebelum itu dalam hujahnya, Gooi berkata pasangan itu ditangkap dalam bilik utama tetapi dadah itu ditemui polis di dapur dan sebuah lagi bilik di rumah itu adalah kepunyaan orang lain yang dikenali sebagai Chee Chai.

Gooi berkata pasangan itu berada di bilik utama semasa serbuan polis dan mereka tidak berniat untuk melakukan kesalahan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan