Warga Thailand Mengaku Tidak Bersalah Dera Anak Kandung

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang peniaga warga Thailand pada Khamis dihadapkan ke mahkamah majistret di sini atas tuduhan mendera bayi perempuannya yang berusia 37 hari di Kampung Tersusun, Padang Besar pada 24 Disember lalu.

Surasak Lateh, 26, yang berkahwin dengan wanita tempatan mengaku tidak bersalah mendera Sofia Julianna apabila pertuduhan dibacakan melalui penterjemah mahkamah.

Tertuduh yang merupakan peniaga di Wang Kelian dekat sini, dituduh melakukan perbuatan itu pada 24 Dis 2012, jam 5.30 pagi iaitu dengan sengaja mendedahkan bayi yang ketika itu berusia 37 hari dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Majistret Zuhair Rosli memerintahkan tertuduh dikenakan ikat jamin RM7,000 dengan dua orang penjamin rakyat Malaysia manakala pasportnya disimpan oleh mahkamah sehingga perbicaraan selesai.

Sementara itu dalam satu lagi tuduhan di mahkamah yang sama, Surasak mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu menggunakan dadah berbahaya iaitu methamphetamine dan amphetamine.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 24 Dis 2012 jam 8.30 malam selepas ujian air kencing ketika berada di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padang Besar dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38B akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan wajib menjalani pengawasan tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.

Zuhair memerintahkan tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan dua penjamin rakyat Malaysia serta pasportnya disimpan oleh mahkamah sehingga perbicaraan selesai bagi pertuduhan menggunakan dadah berbahaya itu.

Pendakwaan bagi kedua-dua tuduhan itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh diwakili peguam Prem Singh Mohan.

Mahkamah menetapkan 8 Februari ini untuk sebutan bagi kedua-dua kes itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan