Tidak Ada Keperluan Untuk Paparkan Kandungan Tweet Asal - Timbalan Pengarang Berita TV3

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarang Berita Kumpulan Media Prima Berhad memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau merasakan tidak ada keperluan untuk memaparkan kandungan tiga tweet asal bekas menteri besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika melaporkan isu mengenai Sultan Johor menyalahguna dana awam ketika membida pendaftaran plat WWW1 seperti dilaporkan TV3 dalam slot Buletin Utama pada 30 Mei, tahun lepas.

Sambil tidak bersetuju dengan cadangan peguam plaintif (Mohammad Nizar) Mohd Fitri Asmuni, saksi bagi defendan pertama Datuk Mohd Ashraf Abdullah berkata perkara itu dilakukan bukan untuk mempengaruhi pemikiran penonton stesen televisyen itu terhadap Mohammad Nizar.

Bagaimanapun, beliau bersetuju bahawa nama Mohammad Nizar tidak dinyatakan dalam tweet Tengku Mahkota yang meminta pihak yang menuduh Sultan Johor menyalahgunakan dana awam ketika membida supaya menyelidik perkara tersebut sebelum membuat sebarang kenyataan melulu.

Beliau berkata setelah menyemak semula kandungan Twitter Tengku Mahkota, nama Mohammad Nizar sebenarnya disertakan oleh defendan-defendan (stesen TV3 dan penerbit slot Buletin Utama).

Untuk soalan susulan, Mohd Ashraf bersetuju bahawa apa yang disiarkan TV3 mengaitkan Mohammad Nizar menuduh Sultan menyalahgunakan dana awam satu pertuduhan yang sangat berat kerana ia melibatkan Institusi Raja-raja Melayu.

Beliau juga memberitahu Hakim Datuk Yeoh Wee Siam bahawa slot Buletin Utama secara purata disaksikan hampir 2.8 juta setiap hari dan berita mengenai kenyataan Mohammad Nizar tersebut turut disiarkan oleh keempat-empat stesen Kumpulan Media Prima yang lain.

Kepada soalan lain, Mohd Ashraf menafikan defendan-defendan telah berniat jahat terhadap plaintif, serta telah cuai ketika menyiarkan berita tersebut kerana tidak ada usaha langsung oleh pihak mereka (defendan-defendan) untuk berhubung dengan plaintif.

Mohd Ashraf turut menjelaskan pihaknya memang ada menghubungi Ketua Polis Johor mengenai siasatan berhubung beberapa laporan polis yang dibuat terhadap tweet yang dibuat oleh Mohammad Nizar tetapi tidak menghubungi plaintif. Beliau juga memberitahu bahawa beliau mengikuti tweetnya sejak tahun 2010.

Pada 10 Julai tahun lepas, Mohammad Nizar memfailkan dua saman terhadap Utusan Melayu dan TV3. Beliau menamakan Sistem Televisyen Malaysia Berhad sebagai defendan pertama dan penerbitnya Rohani Ngah sebagai defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohammad Nizar menyatakan bahawa pada 28 Mei beliau mengeluarkan satu kenyataan mengenai plat nombor kenderaan melalui akaun Twitternya dan pada 30 Mei, TV3 telah menyiarkan kandungan kenyataan itu dalam siaran berita Buletin Utama pukul 8 malam.

Mohammad Nizar mendakwa kenyataan didakwa berbau fitnah itu telah mencemarkan imejnya dan boleh ditafsirkan bermaksud beliau seorang pengkhianat kepada Raja-Raja Melayu, khususnya Sultan Johor, seorang ahli politik yang anti raja dan seorang yang menghasut rakyat membenci Sultan Johor.

Perbicaraan di hadapan Hakim Yeoh bersambung 11 Jan depan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan