Permohonan Bekas Presiden Sime Darby Batal Pertuduhan Didengar 26 Feb

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Presiden Kumpulan Sime Darby Bhd Datuk Seri Ahmad Zubair @ Ahmad Zubir Murshid untuk membatalkan pertuduhan pecah amanah melibatkan RM100 juta akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 26 Feb ini.

Timbalan Pendaftar Zuraini Abdul Razak menetapkan tarikh tersebut dengan dihadiri peguam S. Devanandan dan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mewakili Ahmad Zubair dan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zarifah Zulghaffar.

Devanandan memberitahu pemberita bahawa permohonan tersebut dibuat atas alasan ia tidak berasas dan cacat.

Pada 17 Julai tahun lepas, Ahmad Zubair, 56, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan utama (pindaan) atas dakwaan pecah amanah dana Sime Darby Bhd membabitkan projek pembangunan tanah adat Sarawak menyebabkan kerugian melebihi RM100 juta.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Ahmad Zubair juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan alternatif iaitu memperdaya ahli lembaga pengarah Sime Darby Bhd membabitkan projek yang sama.

Bagi kesalahan itu, Ahmad Zubair didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di pejabat Sime Darby Bhd, Tingkat 21, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, di sini, antara 17 Nov 2008 dan 4 Dis 2009. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan