Dua Penjawat Awam Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua penjawat awam yang masing-masing menghadapi dua pertuduhan menerima rasuah, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan, di sini, Jumaat.

Kedua-dua tertuduh ialah Mustafa Musa, 49, Renjer Hutan di Pejabat Hutan Bukit Betong, Lipis dan Mazzalan Muhammad, 54, bekas Penolong Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang.

Bagi pertuduhan pertama, Mustafa yang berasal dari Kuala Kuantan didakwa menerima wang tunai RM5,000 secara rasuah daripada seorang pengurus syarikat Waja Sejahtera Sdn Bhd berhubung tugas rasminya sebagai renjer hutan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabatnya pada 3.40 petang 9 Jun 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Mustafa didakwa menerima RM5,000 secara rasuah daripada wakil syarikat sama di pejabatnya pada 3.45 petang, 21 Oktober 2010.

Hakim Fathiyah Idris membenarkan Mustafa diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Feb untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, bagi pertuduhan pertama, Mazzalan didakwa menerima RM31,633.90 daripada pengurus sebuah syarikat pembekal, Syarikat Nikmat Bekal Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bank, Jalan Tun Ismail di sini antara 16 Nov 2009 hingga 9 Mei 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Mazzalan didakwa menerima RM1,637 daripada pihak sama antara 8 Ogos 2010 hingga 15 Nov 2010 di bank yang sama.

Mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Jan depan untuk sebut semula kes.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shafinaz Shabudin, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan