Bekas CEO Sime Darby Fail Permohonan Batal Pertuduhan Pecah Amanah

Diterbitkan: Jumaat, 4 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad (SDB) Datuk Seri Ahmad Zubair@Ahmad Zubir Murshid pada Jumaat memfailkan permohonan membatalkan pertuduhan jenayah pecah amanah dan penipuan. Perkara itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi pada 26 Februari. Pada 17 Julai, Ahmad Zubair didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa dengan dua tuduhan pecah amanah jenayah melibatkan jumlah melebihi RM100 juta. Ahmad Zubair@Ahmad Zubir, 55, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan itu dan dua pertuduhan alternatif iaitu memperdayakan ahli lembaga pengarah konglomerat berkenaan membabitkan projek yang sama.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Zubair didakwa dalam kapasitinya sebagai presiden dan CEO, diamanahkan dengan penguasaan ke atas dana syarikat tersebut iaitu untuk memperoleh Tanah Hak Adat Bumiputera (HAB) di bawah 'Sarawak Upstream Expansion Plan' (Sarawak Expansion Plan) untuk tanah di Sarawak.

Beliau didakwa memperoleh kelulusan bagi pihak SDB daripada kerajaan negeri Sarawak bagi tanah HAB yang dimaksudkan terletak di KJD/Lower Julau, Sg. Julau/Sg. Pitoh/Sg. Jiet dan sebahagian Merurun/Meluan/Entabai, Sarikei.

Ahmad Zubair didakwa melakukan pecah amanah apabila beliau dengan curangnya sebagai presiden dan CEO, gagal untuk mengambil atau mengarahkan tindakan undang-undang untuk pengesahan ke atas penganugerahan tanah HAB yang dimaksudkan kepada sebuah syarikat iaitu Vertical Drive Sdn Bhd.

Tertuduh sebaliknya, telah menyebabkan SDB mengalami kerugian melalui pembayaran cek Maybank bernilai RM85,023,047.20 semasa pengambilalihan ke atas Vertical yang telah dianugerahkan tanah HAB.

Bagi pertuduhan kedua, Ahmad Zubair didakwa pecah amanah dana syarikat membabitkan tanah HAB di muara sungai Btg. Rejang/Btg. Baleh, Kapit dan separuh daripada kawasan timur Merurun/Meluan/Entabai, Julau.

Ahmad Zubair didakwa melakukan pecah amanah apabila beliau dengan curangnya sebagai presiden dan CEO, gagal untuk mengambil atau mengarahkan tindakan undang-undang untuk pengesahan ke atas penganugerahan tanah HAB yang dimaksudkan kepada sebuah syarikat iaitu Nature Ambience Sdn Bhd.

Tertuduh sebaliknya, telah menyebabkan SDB mengalami kerugian melalui pembayaran cek Maybank bernilai RM16,816,217 semasa pengambilalihan ke atas Nature Ambience yang telah dianugerahkan tanah HAB.

Kedua-dua pertuduhan tersebut didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi dua pertuduhan alternatif, Ahmad Zubair didakwa dalam kapasitinya selaku presiden dan CEO SDB, dan bertanggungjawab untuk memperoleh kelulusan ke atas tanah HAB, telah memperdaya Lembaga Pengarah SDB.

Ahmad Zubair didakwa tidak memaklumkan kepada Lembaga Pengarah bahawa kelulusan tanah HAB kepada SDB yang terletak di dua bahagian kawasan berkenaan, sebaliknya, dianugerahkan kepada Vertical dan Nature Ambience, dengan pengetahuan ia boleh menyebabkan kerugian kepada SDB apabila pengambilalihan dilakukan ke atas dua syarikat itu.

Bagi kesalahan itu, Ahmad Zubair didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di pejabat Sime Darby Berhad, Tingkat 21, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, di sini, antara 17 November 2008 hingga 4 Disember 2009.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan