Plat WWW1: Nizar Nafi Kritik Sultan Johor

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perak Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak pernah mentweet bahawa Sultan Johor menyalahguna dana awam ketika membida pendaftaran plat WWW1 seperti dilaporkan oleh TV3 dalam slot Buletin Utama pada 30 Mei, tahun lepas.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Liew Teck Huat yang mewakili defendan, Sistem Televisyen Malaysia Berhad, Mohammad Nizar berkata beliau telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar dengan tujuan memperjelaskan tweetnya itu, setelah Tengku Mahkota Johor memberi respons melalui media bahawa tiada wang atau peruntukan awam daripada kerajaan kepada kerabat diraja yang digunakan dalam untuk bidaan itu.

"Saya hanya menyatakan pandangan sendiri mengenai perkara itu, sebagai orang biasa dan seorang ahli politik. Tidak pernah niat saya mengkritik Sultan. Walaupun individu lain membayar RM520,000 dalam mendapatkan nombor plat itu, pandangan saya akan tetap sama," katanya.

Mohammad Nizar memberi keterangan dalam saman fitnah RM50 juta terhadap stesen televisyen swasta itu berhubung tweetnya mengenai pendaftaran plat WWW1 yang diberi kepada Sultan Johor.

Bagaimanapun anggota Parlimen Bukit Gantang itu bersetuju dengan hujahan Liew bahawa tweetnya itu sebagai jawapan kepada laporan media bahawa Sultan Johor telah berjaya membida nombor plat itu dan orang awam mengetahui siapa pemenangnya. Mohammad Nizar, 55, juga mengakui bahawa beliau tidak tahu bahawa wang RM520,000 itu ialah wang Sultan sendiri dan tidak ada kena mengena dengan orang awam atau elaun yang diterima daripada kerajaan.

Malah, katanya beliau malah menulis surat kepada Sultan memohon maaf mengenai perkara itu sekiranya tindakannya (kenyataan) telah menimbulkan rasa benci atau kurang senang hati dalam kalangan keluarga diraja atau rakyat negeri Johor.

Pada 10 Julai tahun lepas, Mohammad Nizar memfailkan dua saman terhadap Utusan Melayu dan TV3. Beliau menamakan Sistem Televisyen Malaysia Berhad sebagai defendan pertama dan penerbitnya Rohani Ngah, defendan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohammad Nizar menyatakan bahawa pada 28 Mei beliau mengeluarkan satu kenyataan mengenai plat nombor kenderaan melalui akaun tweetnya dan pada 30 Mei, TV3 telah menyiarkan kandungan kenyataan itu dalam siaran berita Buletin Utama pukul 8 malam.

Mohammad Nizar mendakwa kenyataan didakwa berbau fitnah itu telah mencemarkan imejnya dan boleh ditafsirkan bermaksud beliau seorang pengkhianat kepada raja-raja Melayu, khususnya Sultan Johor, seorang ahli politik yang anti raja dan seorang yang menghasut rakyat membenci Sultan Johor.

Dalam pada itu, saksi bagi defendan pertama, Datuk Mohd Ashraf Abdullah, yang juga timbalan pengarang berita kumpulan Media Prima Berhad, berkata pembidaan nombor plat WWW1 itu menjadi topik 'panas' pada masa itu dan membuat kesimpulan bahawa perkara tersebut punya nilai berita dan berhak mendapat liputan.

Beliau berkata bahan berita itu bukan sahaja mengandungi fakta dalam tweet plaintif (Mohammad Nizar) tetapi juga temu bual Ketua Polis Johor yang mengesahkan tentang penubuhan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan oleh plaintif dan lapan laporan polis yang dibuat oleh orang awam mengenainya.

Mohd Ashraf berkata sepanjang masa stesen TV itu telah mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, di mana siaran berita pada 30 Mei tahun itu diakhiri dengan plaintif memohon maaf bahawa tweetnya itu tidak sekali-kali bertujuan untuk meragui keputusan Sultan menyertai dalam pembidaan itu.

"Pada mulanya plaintif mengeluarkan tiga tweet berkaitan dengan isu itu dalam akaun tweetnya. Ini dilaporkan dengan tepat dan diambil langsung daripada sumber itu," kata Mohd Ashraf.

Pendengaran kes di hadapan Hakim Datuk Yeoh Wee Siam disambung pada Jumaat ini. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan