Bekas Pensyarah Mengaku Salah Rasuah Beri Diploma Kepada Penuntut

Diterbitkan: Khamis, 3 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis menjatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM10,000 ke atas seorang bekas pensyarah Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) setelah mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah.

Hakim Rozilah Salleh memerintahkan tertuduh, Elmy Shadzli Wahi, 41, menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini dan jika gagal membayar denda ditambah kepada enam bulan lagi penjara.

Elmy Shadzli didakwa memperoleh RM1,500 melalui akaun Malayan Banking Berhad daripada penuntut Muhammad Asrull Aizat Solehan sebagai balasan untuk memberi diploma di bidang kulinari kepada penunut itu tanpa beliau (Muhammad Asrull) perlu menghadiri kuliah dan menduduki peperiksaan.

Kesalahan didakwa dilakukan di Dataran Maybank Bangsar No. 1, Jalan Maarof di sini pukul 3.30 petang, 13 Julai, tahun lepas.

Mahkamah bagaimanapun melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan kedua melibatkan kesalahan memperoleh rasuah, setelah peguam S.I.Rajah, yang mewakili tertuduh memberitahu surat representasi telah diterima dan disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nur Lokman Samingan daripada SPRM.

Bagi pertuduhan kedua itu Elmy Shadzli didakwa cuba memperoleh RM1,500 daripada Muhammad Asrull bagi tujuan yang sama di Jalan Sri Ehsan 2, Taman Perindustrian Sri Ehsan dekat sini pukul 8.30 malam, 16 Julai tahun lepas.

Kedua-dua kesalahan, didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen yang berlainan, Elmy Shadzli juga mengaku bersalah terhadap dua lagi pertuduhan rasuah memberi sijil diploma kepada penuntut yang lain, pada tahun lepas.

Elmy Shadzli yang sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu menukar pengakuannya hari ini ketika kes itu disebut di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Ahmad Zamzani menetapkan 23 Januari ini untuk jatuhan hukuman dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Nizam Wan Omar juga daripada SPRM. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan