Edar Dadah: Warga India Tidak Mengaku Salah

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang lelaki warga India mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Rabu atas tuduhan mengedar dadah jenis methaphetamin seberat 4.9 kilogram, pada 26 Disember lepas.

Abdulmunab Abdulkareem, 38, didakwa melakukan kesalahan itu di pintu hadapan Balai Ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, di sini, pada pukul 8.10 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Majistret Rini Triany Mohd Ali menetapkan 1 Feb ini untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Naziah Mokhtar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang jurutera perunding di sebuah syarikat swasta dikenakan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 selepas mengaku bersalah menerima rasuah RM750 daripada seorang kontraktor pusat pelupusan sampah. Khusairi Namrun, 30, didakwa menerima suapan itu daripada Zulhaimi Ismail sebagai dorongan untuk tidak melakukan pemeriksaan ke atas kerja-kerja pembinaan loji rawatan air resapan Pusat Pelupusan Sampah di Padang Sertik, Bentong.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tapak pelupusan sisa pepejal di Padang Sertik, Bentong pada pukul 2.48 petang, 16 Okt, tahun lepas.

Khusairi membayar denda tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan