Pembunuh Penjual Bunga Malai Dihadapkan Ke Mahkamah

Diterbitkan: Isnin, 31 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang wanita penjual bunga malai manakala suami wanita itu pula didakwa terhadap pertuduhan bersubahat membunuhnya.

V.Nantakumaran, 28, didakwa membunuh S.Suntarambhal, 33, di Jalan PJS 5/16, Taman Desaria, Sungai Way, Selangor, pada pukul 10.15 pagi, 17 Disember lepas.

Rakannya yang juga suami wanita itu, M.Durai Raju, 36, didakwa bersubahat membunuh isterinya pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Nantakumaran didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala Durai Raju, pengusaha sebuah pusat jagaan orang tua, didakwa mengikut Seksyen 109 kanun yang sama yang dibaca bersama Seksyen 302, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Surya Wati Shawal.

Mahkamah menetapkan 19 Feb depan untuk sebutan kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Bukhari Wan Mohd manakala Durai Raju diwakili peguam Datuk Suraj Singh dan Nantakumaran tidak diwakili peguam.-- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan