Lapan Lanun Warga Indonesia Mengaku Tidak Bersalah Rompak Kapal Tangki

Diterbitkan: Isnin, 31 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Lapan lanun warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Jumaat atas pertuduhan merompak sebuah kapal tangki dekat Tanjung Stapa, Pengerang pada 11 Disember lepas.

Tertuduh Zainudin, 23; Hasbullah, 35; Ricky, 37; Trim, 36; Jais, 46; Arjadi, 32; Amie, 37; dan Zul, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Salawati Djambari.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan menggunakan senjata berbahaya ke atas krew kapal MT Merlion 2 yang berlabuh di perairan Tanjung Stapa, di sini pada 1.50 pagi 11 Disember.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu bersama dua lagi rakan mereka yang masih bebas, yang merupakan kesalahan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Jika sabitan kes, mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah menetapkan 29 Januari depan untuk pengurusan kes dan tiada jaminan ditawarkan memandangkan kesemua yang terlibat bukan rakyat tempatan.

Pendakwaan ke atas kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Maritim Malaysia, Juanita Mohd Said. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan