Empat Lelaki Didakwa Rompak Wang Tunai Lebih RM16,500

Diterbitkan: Isnin, 31 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Isnin terhadap pertuduhan merompak wang tunai berjumlah RM16,555 milik sebuah tempat letak kereta di sini, Isnin lepas.

Chia Fong, 49, G.Jaspal Singh, 35, B.Sanjif Nair, 27, dan H.S.Lakwir Singh, 30, didakwa bersama-sama merompak wang tunai itu ke atas penjaga tempat letak kereta, Md Faizal Mohamad, 26, di hadapan stesen minyak BHP Sri Petaling, Brickfields dekat sini pada 11.45 pagi, 24 Disember lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Jan sebagai tarikh sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norasyikin Ahmad. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan