Dua Lelaki Dipenjara 13 Tahun Sebabkan Kematian Warga Emas - Berita Mahkamah | mStar

Dua Lelaki Dipenjara 13 Tahun Sebabkan Kematian Warga Emas

Diterbitkan: Isnin, 31 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, Isnin, menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun ke atas dua lelaki selepas mereka mengaku bersalah terhadap dua tuduhan pindaan menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 68 tahun pada tahun lepas.

Hakim Yew Jen Kie memerintahkan pendawai, Solihin Bujang, 22, dan Bahim Mail, 34, seorang mekanik, menjalani hukuman itu mulai 4 Julai 2011, tarikh mereka ditahan.

Tuduhan yang dipinda itu dibaca di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara hingga 30 tahun jika sabit kesalahan.

Mereka dituduh menyebabkan kematian Walina Halina, antara 3.30 ptg dan 11.00 malam 27 Jun, 2011 selepas memecah masuk ke rumah lelaki itu dan merompaknya di Kampung Pelanduk Ulu, Sadong Jaya di Bahagian Samarahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Stella Augustine Druce menjalankan pendakwaan sementara tertuduh diwakili peguam Abdul Rahman Mohd Hazmi. -- BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan