Ahli Perniagaan Dituduh Terima Rasuah Berjumlah RM1.2 Juta

Diterbitkan: Isnin, 31 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin terhadap tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.2 juta berhubung satu projek membina persimpangan jalan bernilai RM124 juta pada 2008 dan 2009.

Zainal Awang, 53, didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM500,000 milik Pengarah Urusan Syarikat Kimlun Sdn Bhd, Pang Tin Pakej 3B iaitu persimpangan Jalan Abu Bakar, di sini, yang bernilai RM124,133,154.60 daripada SJIC Bina Sdn Bhd.

Kesalahan berkenaan dituduh mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Zainal didakwa menerima wang tunai berjumlah RM500,000 dan RM200,000 milik Pang daripada Sim sebagai upah bagi pihak Rostam, di tempat yang sama, pada Januari dan Mac 2009.

Kedua-dua tuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum d ibawah Seksyen 24 akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Abdul Ghafar Abd Latif memohon mahkamah menetapkan wang jaminan RM200,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan terbabit.

Zainal yang tidak diwakili peguam kemudian memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan memandangkan dia perlu menanggung keluarga termasuk beberapa anak yang masih belajar.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 31 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan