Kes Rogol Gadis Bawah Umur Hangat 'Dibicarakan' Umum, Kerajaan Pinda Seksyen 376 Kanun Keseksaan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan dua kes rogol gadis bawah umur yang menyaksikan tertuduh tidak dikenakan hukuman penjara, menjadi isu hangat yang 'dibicarakan' orang ramai sehingga menyebabkan kerajaan membuat keputusan untuk meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Kes pertama membabitkan bekas pemain boling kebangsaan Noor Afizal Azizan, 19, yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dan bon jaminan RM25,000 selepas mengaku merogol seorang gadis berusia 13 tahun di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka pada 5 Julai, 2009.

Dalam kes kedua, Mahkamah Sesyen Pulau Pinang membebaskan seorang juruelektrik, Chuah Guan Jiu, 22, dengan perintah berkelakuan baik selama tiga tahun dan bon jaminan RM25,000 selepas mengaku merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun di rumah tertuduh di Ayer Hitam pada bulan Julai 2011.

Ini antara kes mahkamah yang mendapat liputan meluas dan dikritik hebat sepanjang tahun ini.

Pindaan Kanun Keseksaan itu bakal menyaksikan mereka yang didapati bersalah merogol gadis bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori dan tidak boleh merujuk seksyen di bawah akta lain bagi meringankan hukuman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan beliau mencadangkan pindaan itu untuk mengekalkan hukuman penjara mandatori mengikut Seksyen 376, dan agar hakim tidak boleh mengguna pakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah bagi menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara mereka.

Beliau juga berkata pindaan itu dicadang berikutan jumlah kes rogol yang membabitkan gadis bawah umur adalah tinggi, selain melindungi mereka daripada terdedah kepada jenayah tersebut.

Rogol statutori ditakrifkan sebagai kes di mana seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di bawah umur 16 tahun, dengan atau tanpa izinnya, yang membawa hukuman minimum penjara lima tahun maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tahun ini juga menyaksikan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersejarah Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bercanggah dengan perlembagaan.

Sementara itu, skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) terus mendapat perhatian umum apabila bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, yang diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan menipu kerajaan, mengemukakan representasi memohon pendakwaan menimbang semula pertuduhan terhadapnya selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.

Kes melibatkan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, suami bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang berdepan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan sejumlah RM49.7 juta, turut mencuri tumpuan ramai.

Isu NFC juga menyaksikan Shahrizat memfailkan saman RM100 juta terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategik parti itu, Mohd Rafizi Ramli, yang didakwa memfitnahnya.

Kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam satu forum berhubung kebebasan beragama orang Melayu mengundang kontroversi sehingga menyebabkan beliau memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, yang didakwa memutar-belitkan kenyataannya.

Sementara itu, Koperal Jenain Subi menarik nafas lega apabila terlepas daripada menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskannya daripada pertuduhan menyebabkan kematian seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, dua tahun lepas.

Kes pembunuhan ngeri jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memasuki fasa berikutnya selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya membela diri.

Tahun ini juga menjadi detik bermakna buat pekerja Lynas Advance Material Plant (Lynas) apabila dibenar memulakan operasi yang tertangguh sejak sekian lama selepas Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan tiga penduduk untuk mendapatkan perintah injunksi interim berhubung lesen operasi sementara (TOL) yang diluluskan kepada syarikat itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan