Peniaga Warga Iran Edar Syabu Dihukum Gantung

Diterbitkan: Khamis, 27 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas seorang peniaga lelaki warga Iran kerana mengedar syabu seberat 2.4 kg yang dicampur bahan lain dan dibentuk seperti kepala harimau.

Mohammaderfan Estiyagi Ahmad, 27, didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu di Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada pukul 11 pagi, 2 Ogos tahun lepas.

Hakim, Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah bagi menyabitkan kesalahan tertuduh.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fuad Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Karpal Singh.

Sejumlah enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan terlibat di dalam perbicaraan ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan