Artikel Homoseksual: Keputusan Kes Saman Anwar Terhadap Utusan 21 Jan

Diterbitkan: Khamis, 27 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 21 Jan untuk keputusan kes saman fitnah yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak, berhubung artikel temuramah Anwar dengan British Broadcasting Corporation (BBC).

Hakim Datuk V T Singham menetapkan demikian selepas peguam plaintif dan defendan membuat penjelasan terhadap beberapa persoalan.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berkata masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui apa yang diperkatakan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengenai Anwar dan Utusan menyiarkannya demi kepentingan awam.

Beliau berkata sekiranya Anwar tidak berpuas hati dengan artikel tersebut, Anwar sepatutnya memfailkan saman terhadap Dr Hasan, bukannya Utusan.

Sementara itu, peguam N. Surendran yang mewakili ketua pembangkang itu berkata artikel tersebut disiarkan dengan niat jahat dan Utusan tidak mengambil inisiatif untuk menghubungi Anwar bagi mendapatkan penjelasan.

Surendran berkata Abdul Aziz juga menunjukkan reaksi tidak yakin dengan kenyataannya ketika disoal dalam pemeriksaan balas dan tiada seorang saksi pun yang menyatakan tindakan menyiarkan artikel tersebut adalah betul.

Pada 20 Jan lalu, Anwar memfailkan saman fitnah itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta, atas dakwaan telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan muka surat 10 akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Jan tahun ini berhubung temubualnya bersama BBC.

Temubual tersebut menyentuh tentang undang-undang berkaitan homoseksual. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan