Dua Beradik Dipenjara Sehari, Denda RM1,000 Kerana Mencuri Di Pusat Beli-Belah

Diterbitkan: Isnin, 24 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua beradik dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai barangan termasuk pakaian kanak-kanak di sebuah pusat beli belah tiga hari lepas.

Majistret, Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Salmah Ismail, 42, dari Cheras di sini dan Hasnani Ismail, 41, dari Batu Caves, Selangor.

Mereka didakwa bersama-sama mencuri pelbagai pakaian kanak-kanak berjenama, satu set cadar katil dan peralatan menulis yang kesemuanya bernilai RM1,497.76.

Kedua-duanya yang juga ibu tunggal, didakwa melakukan kesalahan itu di Pasaraya AEON Taman Maluri, Cheras di sini pada 2.15 petang, 21 Disember lepas, mengikut Seksyen 380 Kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, Salmah berkata, dia terpaksa melakukan kesalahan itu kerana desakan wang untuk menyara anak tunggalnya yang masih kecil manakala Hasnani turut menanggung lima anak yang bersekolah dan memerlukan perhatiannya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Zuraimi Kamarulzaman manakala kedua-duanya tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan