Zambry Dakwa Nizar Lulus Kawasan Balak Tanpa Melalui J/Kuasa Balak - Berita Mahkamah | mStar

Zambry Dakwa Nizar Lulus Kawasan Balak Tanpa Melalui J/Kuasa Balak

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Jumaat mendakwa Datuk Seri Nizar Jamaludin meluluskan kawasan balak kepada beberapa syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Balak.

Zambry mendakwa Mohamad Nizar (PAS-Pasir Panjang) menggunakan kuasanya sebagai menteri besar ketika itu untuk meluluskan permohonan komponen balak berkenaan.

"Biasanya Jawatankuasa Balak akan bermesyuarat dan melihat senarai permohonan, kemudiannya baru diluluskan. "Tetapi Adun Pasir Panjang luluskan menggunakan kuasanya tanpa memanggil mesyuarat," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2013 Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Jumaat.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) yang tidak berpuas hati kemudian bangun dan meminta Zambry menunjukkan bukti dakwaan itu.

"Saya ada bukti, bukan saya tidak boleh tunjuk," kata Zambry sambil menunjukkan beberapa helai kertas.

Mohd Nizar turut mencabar Zambry untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya minta SPRM ambil dokumen ini selepas ini," kata Zambry.

Mohd Nizar yang ditemui di luar dewan kemudiannya menafikan beliau pernah membuat kelulusan berkenaan tanpa melalui jawatankuasa itu.

Persidangan dewan yang berakhir hari ini meluluskan Belanjawan 2013 Perak berjumlah RM948.47 juta.

Isnin lepas, Zambry membentangkan belanjawan negeri dengan RM626.27 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM322.2 juta untuk perbelanjaan pembangunan. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan