Bekas Presiden ACCCIM Dapat Ganti Rugi RM200,000

Diterbitkan: Jumaat, 21 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan seorang ahli perniagaan membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada bekas Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) Tan Sri Lim Guan Teik berhubung penyiaran satu kenyataan pada sidang media oleh dua akhbar harian berbahasa Cina, tiga tahun lepas.

Hakim Lau Bee Lan membuat keputusan itu selepas mendapati kenyataan pengasas bersama merangkap pengarah urusan syarikat Hai-O Enterprise Bhd Tan Kai Hee dalam akhbar The Sin Chew Daily dan Nanyang Siang Pau memfitnah Lim.

"Tujuan defendan membuat kenyataan itu tidak relevan. Pada pandangan mahkamah, defendan membuat kenyataan itu dengan niat jahat," katanya.

Beliau juga berkata pembelaan komen yang adil tidak terpakai kepada defendan. Selain ganti rugi am dan teruk berjumlah RM200,000 Hakim Lau memerintahkan Tan membayar faedah pada kadar empat peratus setahun dari tarikh saman itu difailkan sehingga tarikh penghakiman dan lima peratus lagi bermula hari ini sehingga penyelesaian penuh, kepada Lim.

Mahkamah turut memerintahkan kos sebanyak RM100,000 dibayar kepada Lim.

Pada asalnya, Lim memfailkan saman itu bersama seorang lagi bekas Presiden ACCCIM iaitu Tan Sri Ngan Ching Wen pada 20 November 2007.

Bagaimanapun, Ngan meninggal dunia pada 1 Mac tahun lepas, namun tindakan undang-undang mendiang kekal.

Penyataan tuntutan Lim mendakwa artikel yang disiarkan itu mengandungi unsur fitnah terhadap beliau.

Lim berkata pada 5 November, beliau mengarahkan peguamnya mendesak Tan menarik balik kenyataan itu serta memohon maaf, namun defendan tidak memberi sebarang maklum balas.

Lim diwakili peguam KK Wong manakala Tan oleh S.Ravindran. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan