Syarikat Pengendali AES Dapat Kebenaran Semak Keputusan MPS

Diterbitkan: Rabu, 19 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd pada Rabu diberi kebenaran untuk semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) meruntuhkan dua tiang AES.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan tersebut di dalam kamar di sini dengan dihadiri peguam Alex De Silva, mewakili syarikat tersebut dan peguam M. Indrani serta K. Kandiah (female) bagi pihak MPS.

Alex memberitahu pemberita bahawa Hakim Zaleha memerintahkan supaya MPS tidak mengambil sebarang tindakan sementara menunggu keputusan mahkamah.

Katanya, mahkamah menetapkan 6 Februari tahun depan untuk pengurusan kes dan 14 Februari sebagai tarikh perbicaraan.

Pada 12 Disember lalu, syarikat Beta Tegap memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan MPS.

Menurut Alex, menerusi sepucuk surat bertarikh 19 November lalu, MPS memutuskan bahawa syarikat Beta Tegap perlu memohon kebenaran untuk pemasangan tiang dan kamera AES di KM301.7, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah ke Kuala Lumpur berhampiran ibu pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia dan di KM6.6, lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) arah ke Kajang, berhampiran stesen Minyak Shell Taman Suria Tropika. Kedua-duanya di Dengkil, Sepang.

Katanya, MPS menerusi surat bertarikh 6 Disember lalu memutuskan bahawa syarikat itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 70(13)(c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, iaitu mendirikan tiang AES tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada MPS dan syarikat terbabit diarah meruntuhkan tiang AES dan menutup (menyarung) kamera AES serta merta dalam tempoh 14 hari dari notis tersebut.

Sehubungan itu, syarikat Beta Tegap memohon mahkamah membatalkan keputusan tersebut dan memohon satu deklarasi bahawa MPS tidak mempunyai bidang kuasa ke atas Lebuhraya PLUS dan SKVE yang berada di bawah bidang kuasa Lembaga Lebuhraya Malaysia. S yarikat Beta Tegap memohon supaya keputusan meruntuh dan menutup kamera AES itu digantung, sementara menunggu penyelesaian semakan kehakiman. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan