Bank Negara Dakwa Syarikat Jalankan Perniagaan Perkhidmatan Wang Haram

Diterbitkan: Rabu, 19 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa mendakwa Guan Hin Chan Enterprise (M) Sdn Bhd dan pengarah syarikat itu Lim Eng Shieong, di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menjalankan perniagaan perkhidmatan wang (pengurup wang) tanpa lesen.

BNM dalam kenyataannya berkata syarikat itu dan pengarahnya, dikenakan tindakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Perniagaan Perkhidmatan, kerana menjalankan perniagaan itu di KM7.2 Lebuhraya Utara Selatan, Jalan Bukit Kayu Hitam, Changlun.

Jika didapati bersalah, hukuman yang dikenakan ialah denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya.

Menurut BNM, ini merupakan kes kedua selepas Let Seng Enterprice Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi pada 10 Ogos tahun ini, dan disabitkan kesalahan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Kewangan 2011. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan