Penolong Pegawai Tadbir Hadapi 22 Tuduhan Pecah Amanah

Diterbitkan: Sabtu, 15 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seorang penolong pegawai tadbir wanita di sebuah jabatan kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 22 pertuduhan pecah amanah membabitkan sejumlah RM85,350.

Sawiya Salim, 29, didakwa menggunakan dua kad Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB) milik dua pegawai lain tanpa pengetahuan mereka bagi membuat pembayaran bernilai antara RM450 dan RM9,000 untuk perkhidmatan bekalan palsu, ke akaun miliknya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 17 Nov 2008 dan 1 Julai 2009 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Alwi Abdul Wahab membenarkan Sawiya diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 15 Feb tahun depan untuk perbicaraan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan