Mahkamah Kekal Hukuman Tiga Tahun Penjara Ke Atas Pemilik Agensi Pembantu Rumah Perdagang Wanita Filipina

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman tiga tahun penjara yang dikenakan ke atas pemilik agensi pembantu rumah kerana memperdagangkan dua wanita Filipina.

Hakim Mohd Azman Husin pada Jumaat menolak permohonan Eugene Lim Beng Huat Lim, 40, untuk mengenepikan kes terhadapnya.

Mohd Azman turut menolak permohonan DPP Mazelan Jamaluddin untuk menambah tempoh hukuman penjara kerana berpendapat keputusan Mahkamah Sesyen adalah munasabah dan perlu dikekalkan.

Pada Mac 30, Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Lim, seorang warganegara Singapura, kerana memperdagangkan Relon Marivic Capistrano, 35, dan Marilou de la Cruz Bagsit, 37, di No 18, Jalan Metro Perdana Barat 15, Kepong, pada pukul 5 pagi 30 Jun 2008. Pertuduhan membawa maksimum 15 tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan. Hakim Mohd Azman membenarkan permohonan peguam Lim M. Raman untuk menangguh pelaksanaan sementara menanti rayuan di Mahkamah Rayuan. Beliau mengekalkan ikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat tambahan Lim menyerahkan pasport dan melaporkan kepada balai polis terdekat sebulan sekali sementara menunggu rayuan selesai.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan