Kertas Siasatan Kes Dera Kanak-Kanak Akan Diserah Kepada Pendakwa Isnin Ini - Berita Mahkamah | mStar

Kertas Siasatan Kes Dera Kanak-Kanak Akan Diserah Kepada Pendakwa Isnin Ini

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kertas siasatan kes dera kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun oleh bapa tirinya yang tersebar di laman sosial Facebook baru-baru, telah siap dan akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakawa Raya (DPP), Isnin ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Supt Jani Ahmad berkata kertas siasatan itu akan diserahkan bagi mendapatkan nasihat dan keputusan daripada timbalan pendakwa raya bagi menentukan tindakan susulan.

Beliau berkata demikian kepada Bernama hari ini ketika diminta mengulas perkembangan kes berkenaan selepas bapa tiri mangsa berusia 32 tahun ditahan di rumahnya di Taman Mas, Kapar, Klang.

Jani berkata mangsa didera itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kes penderaan itu telah menjadi perbualan hangat apabila klip video lapan minit dan 33 saat itu yang merakamkan tindakan lelaki itu menampar, membaling serta menyepak kanak-kanak tersebut yang menangis teresak-esak dimuatkan ke laman Facebook sejak Selasa lepas.

Pada Khamis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Rusdi Md Isa berkata polis telah merekod kenyataan empat individu, iaitu ibu tiri dan ibu kandung mangsa, jiran serta doktor bagi membantu siasatan tersebut. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan