Mahkamah Rayuan Kekalkan Pampasan Lebih RM117, 000 Kepada Bekas Pengurus Jualan

Diterbitkan: Khamis, 13 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Rabu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pampasan RM117,000 dibayar kepada seorang bekas pengurus jualan yang gaji dan elaunnya telah dipotong secara salah selama 11 tahun oleh bekas majikannya.

Panel hakim tiga anggota yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin menolak rayuan syarikat perdagangan antarabangsa Sojitz Corporation terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Panel itu juga memberikan RM10,000 sebagai kos kepada Lee Teck Ban, 67.

Pada 1988, majikan itu mendapati Lee bersalah bagi salah laku dan gaji bulanannya dikurangkan sebanyak RM400, dan RM300 lagi bagi elaun bulanan, dan ia sepatutnya selama dua tahun.

Bagaimanapun, pada 1990, majikan itu terus membuat potongan itu sehingga Lee bersara pada Ogos 2001, dan potongan itu berjumlah RM117,000.

Walaupun kedudukan Lee ialah pengurus, beliau bagaimanapun adalah anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Komersil (kerana beliau terletak di bawah skop keanggotaan kesatuan sekerja itu).

Lee, pada mulanya ialah pekerja Nissho Iwai Corporation.

Bagaimanapun, pada 2004, sebuah syarikat bernama Nichimen Corporation bergabung dengan Nissho Iwai dan membentuk sebagai entiti baru dengan nama Sojitz.

Kes itu timbul pada Ogos 2001, apabila kesatuan itu (Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Komersil) membawa perkara itu kepada majikan itu untuk mendapatkan bayaran balik bagi anggotanya (Lee).

Bagaimanapun, sebulan selepas Lee bersara, syarikat itu menyatakan ia tidak tertakluk untuk memenuhi permintaan itu.

Tidak puas hati dengan respons syarikat itu, kesatuan itu memfailkan kes pertikaian kesatuan mengikut Seksyen 18 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pada 2002, dan pada 2006, Menteri Sumber Manusia merujuk kes itu ke Mahkamah Perusahaan.

Mahkamah Perusahaan pada 2008, menolak tuntutan kesatuan atas alasan ia tidak mempunyai locus standi untuk mewakili Lee kerana beliau tidak lagi anggota kesatuan kerana telah bersara.

Kesatuan itu memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi pada 2010, yang telah membatalkan keputusan Mahkamah Perusahaan itu dan mengarahkan majikan mengembalikan RM117,000 kepada Lee.

Lee diwakili peguam R. Chandra Segaran manakala peguam Anthony Gomez mewakili Sojitz. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan