Penyambut Tetamu Dipenjara Enam Bulan, Ugut Bapa Dengan Gunting

Diterbitkan: Rabu, 12 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penyambut tetamu di sebuah syarikat swasta dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Selasa kerana mengugut bapanya tiga hari lepas.

Majistret Nurul'Ain Abdul Rahim membuat keputusan itu terhadap S.Prasath, 27, selepas dia mengaku bersalah mengugut R.Subramaniam, 75, menggunakan sebilah gunting dan memerintahkannya menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan pada Ahad lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Langgak Bukit, Jalan Pahang, Setapak, pada 6 petang 8 Disember dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwa Raya ASP Zulkifli Osman menjalankan pendakwaan manakala peguam Mahendren Naidu mewakili Prasath. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan