Rayuan Pemilik Fareeda Untuk Batalkan Saman Ditolak

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kes saman fitnah terhadap pemilik perniagaan tudung Fareeda akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam berikutan keputusan Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin yang menolak rayuan Faridah Zakaria terhadap satu keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Mahkamah Tinggi sebelum ini tidak membenarkan permohonan Faridah supaya kes saman oleh sepasang usahawan terhadap beliau dibatalkan.

Hakim tiga panel terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zaharah Ibrahim, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer sebulat suara menolak rayuan Faridah.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan 10 dan 11 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes saman itu.

Nor Ainna Ibrahim, 32, dan suami, Zaman M.Salleh, 34, yang merupakan pemilik butik pakaian wanita dan tudung, Mama Secret Industry (Butik Mama) telah memfail saman terhadap Faridah menuntut ganti rugi RM1 juta kerana mendakwa beliau telah memfitnah menerusi laman web sosial dengan tuduhan meniru rekaan.

Dalam pernyataan tuntutan, pasangan itu mendakwa Faridah telah menerbitkan kenyataan berunsur fitnah di halaman peminat Fareeda di laman web sosial Facebook.

Selain ganti rugi am RM1 juta, pasangan itu menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah, kos tindakan itu serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Faridah memfail rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 2 Julai lepas yang menolak permohonan beliau untuk membatalkan saman itu.

Faridah diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Ong Yu Jian manakala pasangan itu diwakili peguam Ahmad Hafiz Zubir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan