Kes Saman Nizar Terhadap Utusan Didengar 10 April 2013

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Isnin menetapkan dua hari mulai 10 April tahun depan, untuk mendengar kes saman fitnah RM50 juta yang difailkan oleh bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Utusan Melayu (M) Berhad.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya apabila kes itu disebut dengan kehadiran peguam Mohd Fitri Asmuni dan Zamri Ibrahim, yang mewakili Mohammad Nizar, dan Nor Atasha Sakinah Jubaidi Yean, bagi pihak Utusan.

Mohammad Nizar memfailkan saman itu pada 10 Julai lepas berkaitan komen beliau mengenai nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang dibida dengan harga RM520,000.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohammad Nizar berkata pada 28 Mei lepas beliau membuat kenyataan mengenai nombor pendaftaran kenderaan itu menerusi akaun Twitternya dan mendakwa pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11 akhbar Utusan Malaysia mengenai perkara itu.

Mohammad Nizar, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang, berkata kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud beliau adalah seorang penderhaka terhadap Raja-raja Melayu, terutamanya Sultan Johor, seorang ahli politik yang anti-sultan dan cuba menghasut rakyat supaya membenci Sultan Johor. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan