40 Pemandu Didenda Selepas Mengaku Salah Pandu Melebihi Had Laju

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Seramai 40 pemandu didenda antara RM300 hingga RM350 oleh Mahkamah Majistret di sini, setelah mengaku bersalah memandu melebihi had laju ditetapkan yang dipantau kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad turut memerintahkan kesemua mereka menjalani hukuman penjara sepuluh hari jika gagal membayar denda itu.

Kesemua mereka yang terdiri daripada pekerja awam dan swasta membayar jumlah denda berkenaan di kaunter mahkamah.

Sementara itu, lapan pemandu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama dan kes mereka akan disebut semula pada 9 dan 14 Januari depan.

Kesemua mereka didakwa sebagai pemandu kenderaan di lebuh raya memandu melebihi had laju ditetapkan iaitu 90 kilometer sejam di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pada 28 September lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 membawa hukuman denda minimum RM300 dan maksimum RM2,000 atau denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Saharudin Safirol, manakala lapan individu yang tidak mengaku bersalah diwakili peguam Mohd Fikah Sanusi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan