Warga Bangladesh Dijatuhi Hukuman Penjara Beri Rasuah Kepada Pegawai Imigresen

Diterbitkan: Khamis, 6 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang warga Bangladesh yang mengaku bersalah atas tuduhan memberi rasuah kepada seorang Pegawai Imigresen Kedah, pada Khamis dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000.

Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar, Mohd Sobri Ismail juga memerintahkan buruh binaan, Abu Hanif Toyah Ali, 24, dipenjara setahun lagi sekiranya gagal membayar denda.

Abu Hanif didakwa secara rasuah memberi wang suapan RM3,000 kepada Nurul Huda Che Khalid sebagai dorongan supaya membebaskan adik iparnya, Md Shohag Miah, yang ditahan Jabatan Imigresen pada 26 November lepas kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Buruh itu ditahan pegawai-pegawawi SPRM Unit Penguatkuasa Jabatan Imigresen Kedah di Bandar Mu'adzam Shah (Anak Bukit), dekat sini kira-kira pukul 4.45 petang dua hari lepas.

Abu Hanif yang tidak diwakili peguam, sebelum itu dibacakan pertuduhan (dalam Bahasa Malaysia dan Bangladesh) oleh jurubahasa dari Mahkamah Persekutuan Putrajaya, Md Saiful Islam, mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pendakwaan turut mengemukakan wang suapan RM3,000 yang diberikan buruh itu kepada Nurul Huda bagi membebaskan adik ipar Abu Hanif.

Lelaki itu terus mengaku salah dan merayu mahkamah memberi hukuman ringan atas alasan menanggung seorang isteri dan seorang anak lelaki serta ibu dan bapanya yang berada di negaranya.

Semasa memberi penghakimannya, Mohd Sobri berkata mahkamah menerima pengakuan bersalah Abu Hanif dan sebelum itu Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Fieza Fazlin Fandi memohon agar hukuman sewajarnya dikenakan ke atas Abu Hanif. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan