Dua Tahanan Warga Colombia 'Ghaib' Ketika Ke Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 6 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Colombia yang ditahan pada 12 November lepas kerana kes pecah rumah, meloloskan diri daripada kawalan polis ketika dalam perjalanan ke mahkamah di Petaling Jaya, pada Selasa.

Kejadian berlaku ketika Martin Rodriguez Yerson David, 26, dan Sana Bria Florian Jorge Luis, 22, serta lapan tahanan lain dibawa dari lokap bersepadu di Shah Alam untuk didakwa di mahkamah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata kehilangan dua tahanan terbabit hanya disedari polis apabila mereka tiba di mahkamah pada pukul 11.20 pagi.

Kesemua tahanan itu diiring tiga anggota polis iaitu seorang pemandu dan dua bertindak sebagai pengiring, katanya pada sidang media, di sini, Rabu.

Beliau juga tidak menolak kejadian berlaku akibat kecuaian pihak polis dan menegaskan siasatan dijalankan secara terperinci.

Katanya polis kini giat mengesan tahanan berkenaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-duanya tampil membantu di balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Serdang di talian 03-80620485.

Menurut beliau, dua lelaki berkenaan ditahan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil kerana pecah rumah dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan