Dua Lelaki Dihukum Gantung, Bunuh Pekerja Sambilan Stesen Minyak

Diterbitkan: Khamis, 6 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pekerja sambilan sebuah stesen minyak di sini, empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim menjatuhi hukuman itu terhadap K.Nanda Kumar, 26, dan N. Yugaraja, 34, kedua-duanya dari Kampung Baru Jelapang di sini selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.

Nanda Kumar dan Yugaraja didapati bersalah membunuh Mohammad Khairuddin Mohamed Isa, 42, di Stesen Minyak Petronas Gunung Lang di sini pada 6.58 pagi, 11 Nov 2008.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 35 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sebaik sahaja selesai prosiding kes, Nanda Kumar yang mengenakan kemeja putih berseluar hitam dan Yugara berbaju-t hitam berbelang hijau serta seluar berwarna coklat dilihat menangis sambil dipeluk anggota keluarga terdekat mereka.

Ketika ditemui pemberita, peguam Rajit Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh berkata pihak pembelaan akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh 14 hari.

Timbalan Pendakwa Raya Azizah Ahmad pula berkata pendakwaan mengemukakan 18 saksi sepanjang prosiding kes berkenaan.

Mohd Khairudin, pekerja sambilan di stesen minyak itu ketika kejadian, merupakan petugas Jabatan Agama Islam Perak dan pelajar tahun satu program Ijazah Sarjana Muda Syariah Usuluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sementara itu, balu Allahyarham Mohammad Khairuddin, Nayes Mohd Mokhtar, 42, menangis hiba sambil melahirkan rasa syukur kerana kes itu berakhir hari ini dan mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal.

"Saya rasa lega, penantian keluarga untuk tertuduh mendapat hukuman yang sewajarnya kini berakhir. Saya sentiasa berdoa supaya orang yang terlibat membunuh suami saya dihukum sewajarnya. Saya dan anak sulung mengikuti keseluruhan perjalanan kes ini," kata ibu enam anak itu ketika dihubungi. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan