27 Daripada 914 Pesalah AES Hadir Ke Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 6 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Trafik telah mengeluarkan saman kepada 914 orang yang didakwa melanggar lampu merah melalui kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Walau bagaimanapun, hanya 27 orang hadir bertemu majistret Noorasyikin Mahat, Rabu.

Mereka termasuk seorang doktor, pemandu bas, pemandu, pemandu teksi dan eksekutif pemasaran, berusia antara 24 dan 62 tahun.

Mereka yang dikatakan melakukan kesalahan trafik itu, termasuk empat wanita, dituduh melanggar lampu merah di Jalan Klang Lama-Jalan Sepadu dan Jalan Ipoh antara 24 dan 26 September.

12 daripada mereka telah didenda oleh mahkamah sebanyak RM300 setiap kesalahan selepas mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.

Semalam adalah tarikh sebutan ketiga bagi mereka yang didakwa kesalahannya melalui perangkap kamera AES kerana kesalahan melanggar lampu merah di Kuala Lumpur.

Tujuh dilepaskan dengan amaran termasuk Dr Amanila Mohd Zaman, yang memberitahu mahkamah bahawa dia terpaksa bergegas ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menjalankan ujian serum untuk pesakit beliau.

Mahkamah menetapkan 19 dan 20 Disember untuk sebutan semula kes terhadap baki, lapan orang lagi yang minta dibicarakan.

Mereka diwakili oleh peguam Ahmad Zamri Asaad Khuzaini.

Antara mereka yang minta dibicarakan ialah eksekutif pemasaran Shoba Karunakaran, 34, yang memberitahu media bahawa saman itu menyatakan dia telah melakukan kesalahan itu pada kira-kira pukul 12.59 pagi pada 25 September.

Shoba berkata pada masa dan hari tersebut dia sedang tidur di rumah dan tidak meminjamkan keretanya kepada sesiapa.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan