Pekerja Kontrak Indonesia Bebas Tuduhan Membunuh

Diterbitkan: Selasa, 4 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa melepaskan dan membebaskan seorang pekerja kontrak warga Indonesia daripada tuduhan membunuh rakan senegara di Pandan Indah, Hulu Langat, lebih tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh di akhir kes pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh yang hanya dikenali sebagai Masgianto, 42, dituduh membunuh rakan senegara yang juga merupakan pekerja kontrak, Irwan Abdullah, di Flat Pandan Mewah, Pandan Indah, Hulu Langat antara 7 petang dan 8 pagi, 28 Mei 2009.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Hakim Siti Mariah berkata kematian mangsa disebabkan terjatuh secara tidak sengaja di atas sebilah pisau ketika pergelutan berlaku antara mangsa dan tertuduh.

Beliau berkata tertuduh tidak berniat membunuh mangsa sebab kesan cap jari tertuduh tidak dapat dikesan pada pisau itu. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Selvi Sandrasegaram. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan