Dr Ling Kemuka Satu Lagi Representasi

Diterbitkan: Selasa, 4 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Tun Dr Ling Liong Sik dalam perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), mengemukakan satu lagi representasi memohon pendakwaan menimbang semula tiga pertuduhan terhadap bekas menteri pengangkutan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Selasa bahawa representasi yang dikemukakan pada 21 November itu berkaitan kewangan dan kos pembelian tanah.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan masa untuk meneliti permohonan itu bagi mendapatkan pandangan pakar dan akauntan.

Pada 9 Oktober lalu, Dr Ling telah mengemukakan representasi berkaitan pertuduhan terhadapnya selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi keterangan.

Hakim, Datuk Ahmadi Asnawi menetapkan 21 Januari untuk menyambung perbicaraan dan pihak pendakwaan perlu memaklumkan kepada mahkamah mengenai perkembangan representasi sebelum perbicaraan bermula.

Dr Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp (sekaki persegi) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar upon/faedah.

Dia juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling yang menjadi menteri pengangkutan selama 17 tahun mulai 1986, didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.

Dr Ling dipanggil membela diri pada 9 Mac lalu dan seramai empat saksi telah memberi keterangan termasuk dirinya sendiri dan Dr Mahathir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan