Bekas Graduan Pereka Grafik Hadapi Lima Pertuduhan Termasuk Samun

Diterbitkan: Selasa, 4 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Bekas graduan sebuah kolej di Perak pada Selasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan termasuk menyamun dalam kejadian di sebuah salun unisex di Kuala Krai, 27 November lalu.

Wee Pin Pin, 27, yang berasal dari Taman Seri Remah, Tanah Merah, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kelima-lima pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Tertuduh menghadapi tuduhan pertama merompak salun berkenaan dari pukul 2 hingga 5.30 petang pada 27 November, dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didapati mengurung secara salah empat individu dan telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara selama setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pertuduhan ketiga tertuduh telah menggunakan sepucuk pistol tiruan untuk melakukan samun di kedai sama dan telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebatan.

Pertuduhan keempat pula, menyebut Wee didapati berada dalam kawalan dan memilliki sebuah pisau pemotong daging berwarna perak dan dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958 iaitu yang boleh dipenjara selama dua tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan terakhir, tertuduh memiliki sepucuk pistol tiruan berwarna hitam bertulis Glock 16 Austria 9x19 dan telah melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara selama setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusuff meminta tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan meminta mahkamah menetapkan sebutan kes pada tarikh yang sama bagi kelima-lima pertuduhan.

Azman menetapkan 27 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh yang diwakili Ahmad Nizam Mohamad, tidak dibenarkan jamin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan