MP Kapar Tarik Balik Dakwaan Terhadap Bekas OCPD Sentul

Diterbitkan: Isnin, 3 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam menarik balik dakwaannya terhadap bekas Ketua Polis Daerah Sentul ACP K. Kumaran berhubung kematian seorang aktres K.Sujatha.

Kenyataan penarikan balik itu dibacakan Manikavasagam dengan Kumaran berdiri di sebelahnya, dan ia direkod oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad.

"Pada atau kira-kira 3 Ogos 2007, saya mengadakan sidang akhbar dan mengeluarkan kenyataan kepada pelbagai anggota media. Saya mengiktiraf dan menerima bahawa kandungan kenyataan media itu memfitnah Kumaran.

"Saya dengan ini menyatakan bahawa saya secara terus terang dan sepenuhnya menarik balik semua dakwaan dalam kenyataan media itu yang merujuk untuk mengaitkan Kumaran. Saya menyesali sebarang kerosakan atau kemudaratan terhadap reputasi dan integriti Kumaran serta ingin menyatakan tidak pernah bermaksud untuk berbuat demikian.

"Saya dengan ini memberikan aku janji bahawa saya tidak akan mengulangi, menerbitkan semula atau membuat sebarang kenyataan lain pada masa ini dan akan datang, yang boleh membayangkan atau mencadangkan mana-mana dakwaan seperti yang dinyatakan di atas," katanya.

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian, Manikavasagam juga dikehendaki menyiarkan kenyataan penarikan balik itu dalam akhbar harian berbahasa India Makkal Ossai dalam tempoh sebulan.

Hakim Asmabi kemudian berterima kasih kepada kedua-dua pihak dan tidak mengeluarkan perintah berhubung kos.

Pada 8 Ogos 2007, Kumaran memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Manikavasagam. Penyataan tuntutan Kumaran mendakwa artikel yang diterbitkan berhubung perkara itu telah menyebabkan kredibilitinya tercemar teruk di mata orang ramai. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan