Doktor Didakwa Cabul Kehormatan Pesakit Wanita - Berita Mahkamah | mStar

Doktor Didakwa Cabul Kehormatan Pesakit Wanita

Diterbitkan: Isnin, 3 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta di sini didakwa di Mahkamah Majistret pada Isnin kerana mencabul kehormatan pesakit wanita.

K.Ballan, 48, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan kesalahan itu pada pesakit yang berusia 34 tahun pada pukul 10.30 sehingga 11 pagi pada 19 Oktober lalu di kliniknya di hospital.

Pertuduhan beliau dibicarakan oleh majistret, Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Tertuduh diwakili oleh peguam, Gobind Singh.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan