Datuk Dipenjara Sehari, Denda RM145,000 Skim Pelaburan Sarang Burung

Diterbitkan: Isnin, 3 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pemilik Golden Nest Properties International (M) Bhd, Datuk Wong Sen Chiew dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM145,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah terhadap 29 pertuduhan membabitkan skim pelaburan sarang burung.

Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkan Wong, 56, membayar denda itu pada atau sebelum 10 Disember ini.

Sekiranya tertuduh gagal membayar denda dia boleh dipenjara lima bulan lagi bagi setiap pertuduhan.

Wong didakwa memperdaya orang awam untuk menyertai skim pelaburan 'mengusahakan sarang burung' yang menjanjikan pulangan lumayan sehingga menyebabkan mereka membayar untuk menyertai program itu dengan memasukkan wang mereka ke dalam akaun syarikatnya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabatnya di Unit A-19-1, Tingkat 1, Blok A, Jaya One Jalan Universiti, Petaling Jaya dekat sini antara 28 November 2004 dan 1 Oktober 2005.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 366(3) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda tidak melebihi RM30,000 atau kedua-duanya sekali.

Wong juga didakwa atas 28 pertuduhan menggubah wang haram membabitkan RM975,580 yang digunakan untuk membeli saham, menunaikan cek dan membayar komisen.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 2 Disember 2008 dan 1 Oktober 2009 di beberapa buah bank termasuk AmBank, Public Bank dan Bank CIMB di sekitar Lembah Klang serta di pejabatnya.

Bagi setiap pertuduhan, Wong didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan dibaca bersama Seksyen 87(10)(b) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mardziatun Nisa Ahamadul Kaber sementara Wong diwakili peguam S.Prakash. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan