Tiga Lelaki Dihukum Gantung Bunuh Remaja Berusia 17 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap tiga lelaki selepas didapati bersalah membunuh seorang remaja berusia 17 tahun yang mayatnya ditemui dalam sebuah but kereta pada 11 Mac 2010.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dalam keputusannya berkata ketiga-tiga tertuduh, Chua kim Hock, 23, Lim Chin Aun, 21, dan Choo Ching Chye, 27, telah menyebabkan kematian Yap Wai Seng di alamat 149A, Jalan Johor, Semabok dekat sini.

Manakala seorang lagi tertuduh, juvana berusia 17 tahun sewaktu dihadapkan ke mahkamah pada 24 Mac 2010 diperintahkan ditahan di suatu tempat selagi diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 97(2) Akta Kanak-kanak 2001.

Kesemua tertuduh iaitu Chua yang bekerja sebagai penjual sayur, manakala Lim penganggur, Yeo peniaga gerai makanan dan juvana itu adalah pembantu di kedai peralatan logam, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori.

Mangsa yang beralamat di Taman Seri Kerubong, di sini, tidak lagi bersekolah dan bekerja sambilan sebagai mekanik motosikal.

Dalam penghakimannya, Ahmadi berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu dan beliau berpuas hati terhadap hujah dan fakta yang dibentangkan pihak pendakwaan.

"Walaupun saya prihatin terhadap rayuan dan mitigasi yang dikemukakan oleh pembelaan tetapi hukuman terhadap kes ini hanyalah satu iaitu hukuman gantung," katanya.

Sebelum keputusan dibacakan, mahkamah hari ini turut mendengar keterangan ibu mangsa, Lee Ling Ling yang memberitahu betapa sayu hatinya sewaktu melihat mayat anaknya mengalami kecederaan di tangan, kaki dan tulang belakang.

"Saya melihat kesan jerutan tali di leher dan mulutnya berdarah," katanya dalam kenyataan impak mangsa yang dibenarkan mahkamah setelah dipohon oleh Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abdul Aziz.

Lee, 38, yang merujuk kepada sehelai kertas memberikan keterangannya dalam bahasa Mandarin.

Keempat-empat tertuduh diwakili peguam A.Rengganathan, J.Amardas dan Mohan Singh.

Akhbar melaporkan mayat Yap ditemui dalam but kereta yang dinaiki empat lelaki pada satu pemeriksaan oleh anggota polis yang mengadakan sekatan jalan raya di Ayer Keroh pada 1.15 pagi, 12 Mac 2010. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan