Empat Lelaki Didakwa Pecah Masuk Kedai, Curi Komputer Riba Dan Peti Simpanan

Diterbitkan: Jumaat, 30 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memecah masuk kedai dan barangan milik seorang pengurus syarikat wanita bernilai kira-kira RM30,000 pada September lepas.

Mereka ialah pekerja kedai telefon Chang Chin Te, 29, pemasang papan tanda iklan Yeong Mun Chuen, 32, pemandu lori sambilan Yap Han Kuan, 34 dan penganggur Lee Mun Kit, 19.

Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Bandar Puteri, Puchong.

Mereka didakwa mencuri empat unit komputer riba dan dua peti simpanan milik Ee Yen Theng, 43, antara 9.30 malam pada 8 Sept hingga 9.20 pagi 9 Sept lepas mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun, dan boleh didenda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jan sebagai sebutan kes.

Sementara itu, Chang berdepan dua pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu pisau dan parang serta gagal memberi keterangan berhubung pemilikan barang yang disyaki curi iaitu sebuah televisyen, di mahkamah berasingan.

Chang didakwa melakukan kesalahan itu bersama seorang lelaki Ong Tun Lai, 30, di dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran palsu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berdepan bilik pameran kereta Nissan di Puchong pada 10 malam, 1 Nov lepas.

Majistret Nazri Omran membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan memiliki senjata berbahaya dan RM1,000 bagi pertuduhan gagal memberi keterangan berhubung barangan yang disyaki harta curi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah dan Siti Fatimah Yahya manakala semua tertuduh diwakili peguam Goh Kim Lian. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan