Saman Fitnah: Mahkamah Rayuan Tetapkan 8 Mac Dengar Rayuan Lynas

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini menetapkan 8 Mac bagi mendengar rayuan Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi memindahkan saman fitnah syarikat-syarikat berkenaan terhadap kumpulan anti-Lynas Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL), ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Suriyanilakma Abd Kadir menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dibawa di hadapan beliau di kamar untuk pengurusan kes pada Khamis.

Peguam Rishwant Singh dan Renee Tiun mewakili syarikat berkenaan sementara Gene Vendargon mewakili SMSL.

Syarikat itu juga diarah memfail rekod rayuan pada atau menjelang 19 Dis tahun ini.

Pada 26 Sept, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk John Louis O'Hara membenarkan permohonan SMSL untuk memindahkan saman sivil itu ke Mahkamah Tinggi Kuantan untuk pendegaran.

Lynas Corporation of Sydney, Australia, dan Lynas Malaysia memfail saman itu pada 19 April lepas, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap SMSL Sdn Bhd dan dua pengarahnya, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow, dan tiga sukarelawan, Hang Chong Leung, Lee Chow Fong dan Ismail Abu Bakar, berhubung satu artikel yang didakwa memfitnah disiarkan di laman blog dan 22 Mac tahun ini.

Lynas memohon perintah injunksi supaya SMSL dan lima yang lain mengeluarkan artikel itu, bertajuk 'Civil Society Organisations Joint Statement on Lynas Issue: SMSL Malaysian NGO statement Against Lynas' dari laman blognya, sehingga selesai saman berkenaan.

Pada 26 Julai tahun ini, O'Hara menolak permohonan Lynas itu dan berpendapat di peringkat itu, mahkamah tidak dapat memutuskan sama ada kenyataan itu bersifat fitnah atau sebaliknya, sehingga ia mendengar keterangan dalam perbicaraan penuh.

Mahkamah Tinggi Kuantan menetapkan 17 Dis untuk urusan kes. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan